-->
Le' Moustache

mashimaro :)

  • Home
  • About me
  • Eyqada Boutique
  • Twitter
  • Facebook
  • Eyqada Facebook

Sunday, 16 December 2012

Riada cara Rasulullah jom!

Assalamualaikum :) 
kowang buat ape tu? err.. siapa kat sini suka bersukan? wah! Ramainye :)
okay, kat entry ni, syiqah nak share sikit cara-cara Riadah Rasulullah :) mesti kowang nak tahu kan bagaimana pemimpin terulung kita punye cara riadah. Mana tahu lah kita boleh amalkan kan?

BERENANG :)
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Kebaikan Berenang : 
  • Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk        membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
  •  Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:
  •  kemahiran motor kasar dan halus
  • refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situsi yang diluar jangka.



ehem.. amacam? impress tak nak belajar berenang lepas ni? HEHE, syiqah pon tgah dalam proses blajar swimming jugak ni.. ALHAMDULILLAH syiqah semakin mahir :). Lepas tahu yg berenang adalah salah satu riadah cara rasulullah, syiqah terus nekad nak belajar berenang.
fuhh nasib baik lah Desaria ni ade swimming pool . :) So, ini satu advantage bg syiqah untuk belajar berenang :)..anda bagaimana?
Sebenarnye, ade lagi jenis riadah yang ikot cara rasulullah..antaranya ialah memanah dan berkuda.
 nah.. syiqah ceritakan sikit pasal memanah dan berkuda ni yaa...

Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.

Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

MEMANAH

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)
.
Kebaikan memanah : Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

BERKUDA




Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
        “Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.
Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram. (Riwayat Ahmad).

Dan Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Kebaikan Dari Segi Kesihatan

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

EHEM.. syiqah harap.. abang2, kakak2, adik2, ibubapa kat luar sana. galakkan lah anak anda beriadah cara Rasulullah :) memandangkan sukan memanah dan berkuda tu agak sukar untuk syiqah amalkan,
So, syiqah just amalkan sukan renang. :) ia pon salah satu riadah Rasulullah. :)
Harap ini membantu! muahhh!
.



muntahan idea Unknown at 03:21
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Eyqada Boutique

Eyqada Boutique
support kami ya :) baru nak mula je pon

pukul berapa dato' harimau?


Peringatan bersama

Jom Buat Amal!

Le' Moustache :D

Le' Moustache :D
#Tuan Kebun Kedaung :) #Rasyiqah Rafi

Orang kuat :)

I miss you..

I love them so much :)

Angan besaqq naaa!

iPhone
4flat
Segulung Ijazah
Segulung Diploma
DSLR O.O

Jom Bertegur :)

Story Telling uoollss!

What's up?


Pilihan menarikk ooo!

atasinchi :)


Linkin Park - In the End (Piano Version)



Powered by Blogger.
Copyright rasyiqahrafi93.blogspot.com muah!