-->
Le' Moustache

mashimaro :)

  • Home
  • About me
  • Eyqada Boutique
  • Twitter
  • Facebook
  • Eyqada Facebook

Monday, 24 December 2012

Cara belajar saya 'vs' Fadhilah Kamsah!

Assalamualaikum.


ehem ehem.. test suara 1 2 3 :)
Hello Malaysia Singapura Brunei! wah! terasa diriku begitu brharga. :) 
Malam yang sungguh indah ni syiqah nak share macm mana syiqah study :)
1 thing for sure bagi pelajar2 Universiti, dowang ni mesti akan rasa takot kalau2 tak boleh nak bawak subject yang dowang amik tu kan? HAH! yang angguk tu bagus! anda memg perlu rasa takot sebb rasa takot tu lah yang mendorong anda belajar dengan lebih bersungguh2. :)
okay.. HAH. tapi sebenarnyee..
syiqah selalu rasa takot kalau syiqah tak dpt score dlm subject tertentu. :)
khkih. anyway, kowang belajar macam mana yea?
tau tak? smpai sekarang syiqah still tak praktikkan cara belajar yg betul..
HEBAT tak syiqah? 
wakakkakaka..

1. Lepas kelas habis jea. Syiqah akan cepat2 ingat balik ape yg diajar dalam kelas. Sepanjang
perjalanan balik tu, syiqah keep on recall lah.
2. Bila dalam kelas, syiqah tulis jea ape yg lecture cakap. sbb selalunya, apa yang lecture ckp tu,
kita boleh faham :) so agak carca merba kertas syiqah.
3. Kat tangan syiqah mesti ade pen/pensil! untuk menconteng mase cikgu ajar. sbb bile syiqah
menconteng, otak kiri dan kanan syiqah bergerak. :) #cewah! mecam scientist!
4. Syiqah cepat rase ngantok dlm kelas dan syiqah akan pejam mata and just dengar ape lect ckp.
tp selalunye syiqah tertido #jangan tiru aksi ini di kelas
5. Jngn pernah merungut bila nak belajar! #Tapi syiqah pon ade merungut jugak -..-
eh, tapi tak selalu ok? syiqah cuba untuk adapt.
6. Hormat lecture kita :) Syiqah hormat semua lecture tapi ade jugak kutuk2. maaf..maaf.. hehe
7. Mase nak tido tu, smbil syiqah baring.. syiqah ingat balik ape yg lect aja.. then syiqah selawat
terus jea tido. insyaALLAH boleh ingat!
8. Syiqah suka revision last minutes. HAHA. ya! memg tak bagus.. tapi tu lah yg syiqah selesa.
hah! mase ni lah baru nak buat nota kecik bagai.. mac org mati laki dah rupe syiqah!
9. Buat perbincangan dengan rakan. means. last kopek punye study lah ni! :D

So, sangat tidak bagus kan syiqah punye cara study :) nak buat macam mana.. syiqah selesa cm ni..
nah! jom compare kan ngan cara yg diusulkan Fadhilah kamsah!

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1.  Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2.  Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
  3. kita ingat 10% apa yang dibaca
  4. kita ingat 20% apa yang didengar
  5. kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
  6. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  7. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  8.  Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  9.  Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  10. ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  11. Belajar dalam persekitaran kondusif.
  12. pastikan cahaya adalah terang
  13. kurangkan gangguan bunyi
  14. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  15. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  16. kerusi dan meja menghadap kiblat
  17. jangan lupa untuk senyum
  18. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  19. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  20. Tahu teknik merangsang memori:
  21. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
  22. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  23. mengingat kembali (recall)
  24. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  25. Sentiasa awal dan mendahului:
  26. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
  27. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
  28. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  29. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  30. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  31. Mempunyai teknik membaca yang betul:
  32. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  33. memberikan tumpuan sepanuhnya
  34. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  35. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  36. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  37. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  38. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  39. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  40. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  41. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  42. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  43. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  44. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  45. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  46. Tahu petua mengulang kaji:
  47. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  48. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
  49. duduk tegak dikerusi yang selesa
  50. baca doa penerang hati
  51. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  52. fikir dan ingat kembali isi utama
  53. catat/lakar
  54. semak semula ketepatan maklumat
  55. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  56. buat rumusan
  57. jawab soalan
  58. tampal maklumat yang rumit di dinding
  59. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  60. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  61. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  62. jangan makan kepala ikan
  63. jangan makan organ dalaman
  64. jangan minum semasa makan
  65. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  66. jangan melihat kemaluan
  67. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  68. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  69. banyakkan makan kekacang
  70. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  71. jangan makan sehingga terlalu kenyang
  72. jangan kencing berdiri
  73. Tahu kemahiran mengingat:
  74. tampal nota-nota penting di dinding
  75. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  76. gunakan kaedah akronim
  77. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  78. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  79. Cekap mengatur jadual belajar:
  80. mempunyai jadual belajar
  81. patuh kepada jadual
  82. buat jadual yang boleh diikuti
  83. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  84. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  85. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  86. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  87. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  88. Pelbagaikan tempat belajar.
  89. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  90. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  91. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  92. taat kepada Allah
  93. mendirikan sembahyang
  94. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  95. hormati & sayangi guru
  96. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  97. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  98. membantu rakan yang memerlukan
  99. berdoa dan bersyukur kepada Allah
  100. sentiasa bertawakal
  101. mahir dalam setiap mata pelajaran
nak tahu lebih lanjut? klik SINI

muntahan idea Unknown at 05:20
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Eyqada Boutique

Eyqada Boutique
support kami ya :) baru nak mula je pon

pukul berapa dato' harimau?


Peringatan bersama

Jom Buat Amal!

Le' Moustache :D

Le' Moustache :D
#Tuan Kebun Kedaung :) #Rasyiqah Rafi

Orang kuat :)

I miss you..

I love them so much :)

Angan besaqq naaa!

iPhone
4flat
Segulung Ijazah
Segulung Diploma
DSLR O.O

Jom Bertegur :)

Story Telling uoollss!

What's up?


Pilihan menarikk ooo!

atasinchi :)


Linkin Park - In the End (Piano Version)



Powered by Blogger.
Copyright rasyiqahrafi93.blogspot.com muah!