Assalamualaikum.
selamat pagi. moga rahmat Nya melimpah ke atas kita.
amin.
semalam, mase syiqah mesej2 ngan mak syiqah.
syiqah rasa sayu.
rasa gembira,terharu pon ade.
Yea lah.. bila pikirkan balik pengorbanan mak..
kerja keras mak nak besarkan syiqah, gugur air mata dari kelopak ni. :'(
mak syiqah :) wanita tercantik yg syiqah pernah jumpa.
Dia juga kawan syiqah smpai mati. kawan sejati syiqah :)
sayang makk :)
ni lah dia wanita tabah.
Puan Aza
syiqah buat sajak untuuk mak. :)
Ibu.
Mengalir air mata mu,
Saat aku mengasak,
Saat aku tidak sabar menjengah ke
dunia,
Aku ingin keluar dari rahim sucimu
ibu.
Tatkala itu,
Engkau seperti mengerti kemahuan ku,
Terima Kasih ibu,
Kerana sudi menghadiahkan aku ,
Dunia yang serba bercahaya,
Dunia yang menjanjikan keindahan.
Bertatih aku ke dalam dangkapanmu,
Membuat senyum mu terukir bahagia,
Akulah permata yang menyinari hidupmu
ibu,
Tangisan ku,
Adalah melodi terindah dalam hidupmu,
Lena tidurku,
Adalah hadiah yang cukup bermakna
bagimu
Berhempas pulas tulang empat kerat,
Mengalir deras peluh kasih sayang,
Tiada berkira,
Tiada rungutan yang engkau luah,
Demi memastikan darah daging permata
mu,
Sentiasa mengalir darah yang halal.
Luka di jari,
Apalah sangat jika dibandingkan
dengan melihat aku,
Menantimu dengan penuh harapan.
Harapan agar engkau mengerti
kehendakku.
Dan tanpa engkau sedari,
Permata yang dahulu engkau susukan,
Yang dahulu engkau bersihkan
badannya,
Yang dahulu engkau bersihkan
najisnya,
Kini sudah mampu menadah lautan,
Lautan yang penuh kasih sayang,
Yang perlu dicurahkan kepadamu ibu.
Ibu,
Tercoraknya aku dengan akhlak yg
mulia,
Yang corak nya telah engkau lakarkan
dahulu,
Di atas kanvas yang putih lagi suci,
Masihkah kau ingat Ibu,
Teliti engkau bentangkan kanvas putih
itu,
Tekun engkau mengkaji apa yg terbaik,
Yang terbaik untuk dicorak ke atas
kanvas itu.
Dan sekarang ibu,
Kanvas yang kau corak,
Sudah menjadi lukisan yang sangat
berharga,
Nilainya tiada tolok banding,
Tiada mampu anak adam menawar harga.
Sekian
4 comments:
Mak ke kakak? Mcm kakak ja.. :D
Emak lah awakkk..:) hehhe.. Kakak pon boleh lahh
awet muda mak :) waa hebakk aa reti sajak !
HAHA. memg awet muda pong. :) eh. terima kasih
Post a Comment