Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم
Hai semua. Sihat tak? wah! yang sihat tu Alhamdulillah . patotlah makin berseri2.
sebenarnye syiqah agak kebuntuan nak update entry hape. adeh! >.<
Dr tadi syiqah taip, padam, taip, padam, last2 log out.
And finally I am here with a new topic. I hope you gonna like it.
okay. first of all, syiqah nak mintak maaf sgt2 kepada penggemar air soya,taufufa dan yang sewaktu dgn nye. Sebab, entry syiqah ni mungkin akan buat anda, anda yg peminat tegar air soya akan berhenti, Stop minum air soya . :) Bukan ape.. ni untuk kebaikan kowang jugakkk kan?
Td syiqah bosang2 kat opis sensowang, then mata syiqah tetibe terbaca tentang "BAHAYA AIR SOYA"
First syiqah baca tajuk tu, hati syiqah bergetus "matilah aku, dah lah aku ni peminat air soya"
Tapi tapii... demi kesihatan, syiqah sanggup korbann feveret syiqahh..
Firman Allah:
Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Surah Al-Baqarah: 168
Mari kita soroti apa yang bahaya sgt pasal air soya kegemaran ku ini :'(
ANTARA KEBURUKAN SOYA
(yang tak suka baca perkataan medik jangan baca)
1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,.
3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.
4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???
5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:
* kembung perut,
* kekurangan asid amino,
* kerosakan pankreas.
Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya,
6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??
Untuk pengetahuan,
para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari,
kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Sumber---> SINI
Ada lagi kat bawah ni.. hah. bace!
Soya dan hormone Estrogen.
Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen.
Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones.
Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza.
Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser.
Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?
Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali
, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya.
Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.
Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita.
Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, menyebut pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid , mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.
Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.
Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.
Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.
Bagaimana isu ini bermula?
Satu kajian yang agak kontroversi telah dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction.
Kajian ini merupakan kajian cross-sectional, di mana ia cuba mengaitkan masalah kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan soya dalam diet.
Mereka telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan menjemput 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian.
Daripada 598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian. Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani untuk dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah sperma, kepekatan sperma, pergerakan sperma dan struktur sperma. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan.
Namun bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang berbentuk questionnaire bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya. Kebanyak peserta ini adalah org Eropah Caucasian dan berumur secara purata 36.4 tahun.
Sumber--->SINI
Sumber--->SINI
HAHAHAH Hamek kau bapak panjang! bace jgn tak bace. Penting untuk pengetahuan kita semua taw?
Jangan pandang enteng sayang.
fuh! okay! maghrib dah! tata:)
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment