Assalamualaikum :)
kowang buat ape tu? err.. siapa kat sini suka bersukan? wah! Ramainye :)
okay, kat entry ni, syiqah nak share sikit cara-cara Riadah Rasulullah :) mesti kowang nak tahu kan bagaimana pemimpin terulung kita punye cara riadah. Mana tahu lah kita boleh amalkan kan?
BERENANG :)
Rasulullah
SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda,
berenang dan memanah”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah
SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan
zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang
laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik
kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Kebaikan Berenang :
- Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).
- Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari
1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati
kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan
pembanguan lanjutan dalam:
- refleksi (masa tindak balas)
- Kuasa tumpuan (fokus)
- Kepintaran / kecerdasan
- Tabiat sosial
- Interaksi sosial
- Keyakinan diri
- Kebebasan
- Boleh menangani situsi yang diluar jangka.
Sebenarnye, ade lagi jenis riadah yang ikot cara rasulullah..antaranya ialah memanah dan berkuda.
nah.. syiqah ceritakan sikit pasal memanah dan berkuda ni yaa...
Rasulullah
SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah
mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah
menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.
Bersabda
Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana
memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
MEMANAH
Diriwayatkan
oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi
SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW
bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail
adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu
kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan
satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama
kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah,
aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat
Bukhari)
.
Kebaikan memanah : Melatih
emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik
beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat
mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan
menstabilkan emosi.
Individu
yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya
tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan
melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu
kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang
dari segi fizikal dan mental.
BERKUDA
Sesungguhnya
Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada
pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
“Demi
Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut
sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat
tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat
Ahmad)
Taruhan
yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang
dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya
saja, tetapi dari orang-orang lain juga.
Adapun
hadiah yang dikumpulkan daripada para penunggang, kemudian siapa yang unggul
itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang.
Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan
untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram
dan menungganginya juga haram. (Riwayat
Ahmad).
Dan
Rasulullah SAW bersabda: “Kuda itu ada
tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah
kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya,
kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun
kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat
pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia
mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim
.
Kebaikan
Dari Segi Kesihatan
Berkuda
amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala
hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk
lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala
masalah tulang belakang manusia.
Semasa
pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan
vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan
harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut,
sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan
natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh
anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem
penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ
perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara
optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya
bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan
tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut
mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan
‘galloping’ kuda.
EHEM.. syiqah harap.. abang2, kakak2, adik2, ibubapa kat luar sana. galakkan lah anak anda beriadah cara Rasulullah :) memandangkan sukan memanah dan berkuda tu agak sukar untuk syiqah amalkan,
So, syiqah just amalkan sukan renang. :) ia pon salah satu riadah Rasulullah. :)
Harap ini membantu! muahhh!
.
No comments:
Post a Comment