Assalamualaikum.
*gambar hiasan smata-mata :)*
Salam subuh semua:) hah! yang masih tarik selimut tu, cepat2 bangun!
hah? ngantok? memg lah ngantok.. tu ujian je tu. meh bangun meh! kita subuh.
Alhamdulillah.. masih diberi peluang untuk bernafas pagi ini.
masih diberi peluang untuk beramal sebelum tibanya kiamat..*seriously takot taw
Sempena pagi yang indah ni. syiqah agak tertarik nak share something pasal berkongsi dosa ni. :)
hah? berkongsi dosa? macam mana tu syiqah?
meh syiqah bgtau, kowang semua kompom ade facebook kan?
and kompom banyak gambar2 sexy kat facebook tuh :) kowang pergi lah 'like and share,comment sekali'
Itu pon sudah kira dosa sayang. :)
maaf syiqah tak perfect nak cakap pasal dosa ni. tapi tak salah syiqah mengingat kan sesasma kita *kenyit2 mata*
Yeah! even gambar tu bukan gambar kita. tapi bila kita 'like,share and comment'
ia sekaligus menaikkan semangat owner gambar tu untuk post gambar yg tak bertudung dengan lebih banyak! haih!
SI LELAKI: cantiknya gambar u ni..sexy.. comel jea saya tengok :)
SI ULAT GENDON: eh yeke? tak de lah. biasa2 jek. *duckface!
okay! nmpak tak dialog kat atas tu? si jantan puji gambar si ulat gendon, dan pada2 hari mendatang, tanpa segan silunye si ulat gendon menge'post' gambar yg lagi sexy and konon cute tuh -..-
MAAF KATA! adalah lebih baik anda puji gambar anda sendiri dr memuji gambar yg mendedahkan aurat,terbukak sana sini :) biarlah ape org nak cakap. janji anda tidak tanggung dosa sama!
Yea yea! syiqah ngaku. dulu ade jugak syiqah like2 gmbr yg tidak bertudung ni..
tp, Alhamdulillah. skrg tidak lagi. cukup lah dosa syiqah yg tak tertanggung ni,, Ni kan pulak nak berkongsi dosa sengan org lain. TAK NAK!!
okay2, dah abes talk pasal 'like,share and comment ni'
jom beralih ke lagi satu contoh di bawah tajuk yang sama. kongsi dosa saama2 :)
Syiqah nak highlight sikit. yang ni more kepada fotografer kat luar sana.
meh! meh baca ni meh :)
1. Apa hukum fotografi?
Hukum asal bagi gambar fotografi adalah diharuskan selagimana tidak terdapat unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam seperti untuk mengagungkannya. Pengagungan ini sama ada kerana agama atau dunia. Lebih-lebih lagi yang diagungkan itu adalah orang-orang kafir dan fasik dan artis-artis yang melampau.
2. Apa hukum mengambil gambar model yang tidak menutup aurat?
Haram samada model lelaki, wanita ataupun khunsa. Apatah lagi jika gambar yang diambil adalah gambar bogel.
3. Apa hukum menyebarkan gambar yang tidak menutup aurat untuk tatapan orang lain?
Setiap yang haram dilihat maka haram juga diperlihatkan kepada orang lain. Maka, haram menyebarkannya samada di internet, majalah, akhbar dan lain-lain. Selama mana gambar-gambar tersebut belum didelete, maka selama itulah fotografer mendapat saham dosa. Termasuklah model gambar tersebut.
4. Halalkah rezeki yang saya perolehi hasil upah mengambil gambar pengantin atau model yang tidak menutup aurat?
Tidak halal. Mengikut kaedah fiqh, yang haram penggunaannya, haram pula memperolehnya. Contoh lain, jika minum arak itu haram, haram juga kita menjualnya walaupun kita tidak minum arak. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.
5. Apa hukum mengambil gambar pre-wedding?
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkan.
6. Bagaimana dengan gambar pengantin yang sudah sah berkahwin berposing dan berpelukan?
Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, itu tidak bermakna harus bercumbu-cumbuan, berkepit dan berposing secara berlebihan di atas katil untuk tatapan umum . Tidak salah berposing dengan mesra. Tapi jagalah batasannya agar tidak terlalu over dan boleh membangkitkan shahwat orang yang melihatnya.
7. Saya hanya ingin berkarya. Saya hanya perlukan kritikan terhadap hasil karya tersebut.
Kembali kepada Islam samada kita ini fotografer, model ataupun siapa saja. Tunjukkan kepada orang lain bahawa gambar yang cantik tak semestinya model yang tidak menutup aurat atau yang haram dilihat. Islam tidak menghalang fotografi cuma kita perlu mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.
*rujukan : komuniti iluvislam , media.isnet , iniwootwoot , digitalmukmin
p/s: macam mana? nak tak tanggung dosa dgn dowang ni? hah? taknak? kalau taknak jom lah hentikan menyebarkan gambar selebriti barat yang tidak menutup aurat pun berdosa, apatah lagi jika gambar orang Islam sendiri.
Syiqah: Jelas sekali, org yg tak tutup aurat ni nyusahkan jea sebenarnye. apa2 pon. doa syiqah sentiasa bersama saudara seislam syiqah. Moga berubah ke arah yg lebih baik.
note: kepada fotografer kat luar sana.bukan maksud syiqah nak tutup periuk nasi kowang.. tapi percaya lah. ALLAH itu maha adil. banyak lagi gambar yg tidak berkompromi dgn dosa. :) renung2kan ya!
Peringatan untuk diri syiqah jugak. ye lah. syiqah pon ade buat silap. InsyaALLAH. kita sama2 berubah!
No comments:
Post a Comment