Assalamualaikumm :)
HAHA. mcm banyak pulak entry yang syiqah nak share malam ni ek? mood menaip dah dtg dah ni..
nampak tak gambar kat ats tu? okay, jangan tgok org nye.. tapi fokus pada janggut HAHA.
bangang nye syiqah, nak tunjuk janggut punye pasal kene post 1 gambar! *motif?
okay dah2. jangan kritik lebih2, bagi sekali baru tahu!
Ni hah! syiqah nak share sedikit sebanyak pasal janggut nih..
hah! see,, that's y syiqah post gambar boyprank syiqah yang berjanggut ni *bangga jap*
waaa!! tolong lah sape2 tumbuk muka syiqah ni >.<
LADIES AND GENTLEMEN!
macam yang kita semua ketahui, membela janggut ni adalah salah satu sunnah Rasulullah :)
Sabda Rasulullah SAW;
”Cukurlah misai dan peliharalah janggut.”
(HR. Muslim)
dan bukan itu sahaja! yang buat syiqah tertarik apabila janggut ni sebenarnye boleh mengintimkan hubungan antara suami dan isteri.. kenapa? rasa curious ke? mcm mana janggut ade kene mengena dgn hubungan suami isteri ni? amik nih hah! baca!
"Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah dalam satu ceramahnya mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui SENTUHAN. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana terdapatnya masalah kesuburan pada pihak wanita, ataupun jarak kelahiran setiap orang anak mahu dirapatkan, mintalah suami menyimpan janggutnya, dan belailah selalu janggut suamimu itu. InsyaAllah dengan izin Allah.
Ini sekaligus menjadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Subhanallah!
Perbuatan menyimpan janggut merupakan satu sunnah yang dituntut tanpa sebarang keraguan, sebagaimana sabda Nabi SAW:
عن ابن عمر ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
" خالفوا المشركين أحفوا الشوارب ، وأوفوا اللحى "
Maksudnya: “Hendaklah kamu bezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat.” (Riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain:
عن أبي هريرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
" جزوا الشوارب ، وأرخوا اللحى خالفوا المجوس "
Maksudnya: “Nipiskan misai dan biarkan janggut, hendaklah kamu berlainan daripada kaum Majusi.” (Riwayat Muslim)
Pendapat ulama berkaitan perkara ini:
1- Maliki dan Hanbali : Haram mencukur janggut.
2- Hanafi : Makruh tahrim. Yang sunat dilakukan untuk janggut
ialah dibiarkan sepanjang satu cekak. Adapun membuang sehingga tinggal kurang daripada itu ataupun keseluruhannya adalah tidak harus.
3- Syafie : Mencukur janggut adalah makruh.
Adapun misai hendaklah dinipiskan (diandam) supaya kemas.
Wallahu a’lam.
Syiqah dapat sumber ni drpada Abang Google, tapi lupa lah page mana. maaf ya tuan punye page.. syiqah cume nak kongsi pengetahuan :)
2 comments:
takpe lepas ni aku nak bg fendi simpan janggut panjang2.. cumell je kalau aku main2 janggut dia kn ? hahaha
HAHA.. boleh sue..galakkan fendi simpan janggut :) banyak manfaat!
Post a Comment