-->
Le' Moustache

mashimaro :)

  • Home
  • About me
  • Eyqada Boutique
  • Twitter
  • Facebook
  • Eyqada Facebook

Sunday, 5 May 2013

Impian jadi kenyataan

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah. terlog in jugak belog ni. 
Maaf semuaaa... seriously syiqah tak de mase sangat2 nak hapdate belog ni. hmmm.. rasanye dah nak naik berhabuk, bersawang sume lah. alahaiii..
Almaklumlah. syiqah tgah sibuk. sem 5 ni macam rushing sangat2. :(
assignment yang sgt berlambak2. test, exam. haih.. nak kata jadual pack, tak jugakk..
hmm.. tapi it's okay. let's leave behind all these problem.
Now, this is the time, syiqah nak bagitau.
syiqah terpilih untuk study tour ke LONDON.
#Pergh! london siakkk!! *guling2 kat green park*
FYI, syiqah ke sana semuanya atas tajaan PM and Felda. :). even syiqah ni "scholarship" POS, tapi sgt tidak mengharap pihak pos taja syiqah *muka menyampah sikit*
okeng okeng. sedar tak sedar, rabu depan ni syiqah nak fly dah. :(
actually, syiqah tak tau what exactly my feeling are. "sad,happy,touch,chills"
Syiqah akan stay sana selama 3 bulan. bulan puasa dooo baru balikk.. arghh! 1st pose tak leh pose kat umah. :( I am gonna miss the moment i iftar together with my family .

cop cop.. stop sedih smpai kat sini.
nah! syiqah excited gile nak tunjuk hostel syiqah kat sana nanti. :)






see? giler kau tak excited nak pergi. HAHA. tempat ni nama die STAY CLUB CAMDEN, near to Camden town :) so, pada kowang2 yg merancang nak ke sana. boleh lah try survey2 stay club ni ya?
kat stay club ni ade dobi, tapi basuh sendirik lah yea? jgn nak manja2 sgt.
dalam setiap bilik ade dapur, microwave, tandas, peti ais. so tak yah nak berebut2 bilik air sume tu lah. :)

Alhamdulillah. syiqah rasa macam angan2 mak jenin syiqah ni jadik kenyataan. :)
so, tak salah kalau kita nak berangan . ni lah yg dikatakan impian jadik kenyataan . hehe.

eh. syiqah nak stop sini. nanti smpai sana, syiqah sajikan gambar2 menarik ya! :)


muntahan idea Unknown at 06:29 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 22 March 2013

Yaya dan MRSM nya

Assalamualaikum..
Dah nekad nak tambah post! 
*kene tambah!*

Entry kali ni. yg terbit dr hati seorang kakak yg baik ni.
teringin sekali nak up entry mngenai adek tmbamnya.
satu2 nye adek permpuan yg syiqah ade..
HEHE. dialah tempat syiqah bergaduh.
tempat syiqah mintak pendapat *pendapat yg mak tak leh tahu, rahsia adek beradik lah katakan*
Yaya jugak lah tempat syiqah kongsi hobi..
tempat syiqah cerita pasal "llaki hensem"
"sob sob. rindu YAYA. 
ye lah! kalau balik JB pon belom tentu dapat jumpe si comel tu.

"eh? kenapa tak boleh jumpe pulak syiqah?"

sebab yaya dlm proses nak capai cita2 die kat MRSM tu.

Bak kata yaya "Aku tak tahu nak jadik ape bile dah besar, jadi, aku nak jadik anak yg boleh buat mak tersenyum,. aku akan buat ape jek untuk buat mak gembira. walaupun aku tak suka. tapi aku tau mak suka"

YAYA!
the moment when she said so, me feel like...
"Matangnya fikiran kau dik"
Syiqah pon mase usia macam kau, Syiqah tak pernah berfikiran mcm kau.
and suddenly... my tears rolled down through my flawless cheek. 
*eh? flawless ke?*
Yaya memg matang.. me proud of you YAYA.

nah! syiqah attached kan gmbar ni.
ouh ya! YAYA yang baju biru tu. syiqah kat tgah and mak yg awet muda tu -,-
Gambar ni mase raya tahun lepas. time ni kat machap. singgah ngeteh!

okay2, berbalik pada cerita yang tadi,
Alhamdulillah.. Yaya berjaya.
I means she did well on her UPSR. and now..
Dia kat MRSM pontian. rezeki yaya :)
Dia masuk MRSM ni pon atas biasiswa yg diberikan.
so, mak syiqah tak yah susah payah risau pasal yuran bagai..
Syiqah sendiri terkejut bila pihak yg bg biasiswa tu cakap..

"Puan tak perlu risau, baju sekolah, tuala, keperluan die, yuran, baju koko semua pihak kami uruskan. Puan hanya bawa anak puan dtg MRSM sahaja:

Sesungguhnya, kakak mu ini iri hati sgt dgn kau.
tapi dlm masa yg sama syiqah bangga. sbb Yaya dpt realisasikan impian kakak die ni.

Tup tup.. dah dekat 2 bulan lebih yaya kat sana.
and semalam die balik JB. :)
terus die telefon aku..and.. macam2 cerita die kongsikan..
dan cerita wajib haruslah pasal *lelaki handsome*
nasib baik syiqah ngan die kongsi hobi yg sama.. wakakaka.


yaya: Hello
me: Hello yaya!
yaya: *laughing* aku dah kat rumah!
me: siapa suruh kau balik?
yaya: Biarlah aku nak balik, sibok jek.
me: mak buat ape?
yaya: basuh baju aku..
me: kau ni. org balik bawak kejayaan, kau balik bawak baju kotor.
yaya: eh. mak yang nak basuh lagi baju aku. baju aku tu bersih lagi.
me: ade je alasan kau. Kau cuti smpai bile?
yaya: smpai ahad depan kot. ka. ka. kau nak tau tak?
me: tau ape?
yaya: pergh kat Mrsm aku, bnyk abg handsome. ade sowang ni handsome gile. kalay shah jazle.
me: yeke? form 5 ke?
yaya: a'ah. abg form 5. bdn die tough, nape die adli.
me: kau dtg sana nak blaja ke skodeng lelaki hensem?
yaya: eh. sbb lelaki tu lah aku semangat tau
me : *dalam hati* mampus adek aku ni
yaya: nanti aku nak try carik FB die bg kau tgok.. mesti kau tak tahan.
me: asal kau tak amik gambar ngan die?
yaya: otak kau! aku ade MARUAH tau.
me: oi bangang, memg lah kau ade maruah. cisdale punye budak!
yaya: rugi kau tak tgok. nnti kau dtg lah tmpat aku. bawak KFC sekali.
me: okay lah bye!


haih. KFC die memg tak boleh tggal.
YAYA ni memg suke gile KFC. tgok badan lah! *oups*
anyway, kalau tak silap. ahad ni yaya kene naik KL. ade ape tah.
tapi mengenai kem biasiswa die tu lah. :)

Ouh ya! mak syiqah cakap, she's getting a bit smaller. a bit jek k?
papepon. syiqah memg teringin nak tgok die kurus. mesti cantik dr syiqah. :)
sbb kening die terbentuk. kulit die pon act putih kemerah merahan.
hehe. muah! sayang yaya!
keep on active w/ your hockey and volleyball ya adek!

muntahan idea Unknown at 20:04 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 20 March 2013

Khasiat pegaga :)

Assalamualaikum..
uwarghhhh! *menguap*.
alahaii.. belom pape dah menguap syiqah ni.
*tampo2 muka*
terasa sudah begitu lama syiqah tak jenguk site ni.
terasa dah berjeman tak up entry baru. sure kowang bosan kan?
ye lah. bila bukak jek. entry lama. bukak jek entry lama.
#bosannye SYIQAH! Dush! tumuk sebijik!
sabo lah, syiqah tgah nak up entry lah ni. -..-"

Memandangkan straight 3 minggu ni syiqah busy giler.
memng syiqah sgt2 tak ade masa nak up entry taw..
ya ALLAH, assignment syiqah berlambak! baru 3 minggu start sem 5. 
assgnment dah menggunung tggi dr BROGA HILLS! *okay ini tipu sikittt

muka stress! as a student, buku memg kene lekat kat tgn. macam dah ada gam!
Dah busy2 study ni memg syiqah tak ada masa nak jaga kulit muka.
dah tak ada masa ak belek2 muka ni.
tak ada masa nak bagi penjagaan yg rapi kat kulit muka nih.
Lantaklah nak jadik apa pon kat muka.
yg penting jgn bertukar warne sudah!

So, sementara syiqah ada masa ni. syiqah pon guna lah khidmat Abg Google..
syiqah teringat yg dulu mse skolah menengah,. mak suka beli ulam pegaga..
Nanti mak blender kan ulam tu then bagi syiqah minum air die.
mase tu memg sumpah seranah syiqa kat air tu.
but bile lama2. wow! dah jadik kebiasaan,.cuma bila masuk Limkokwing jek..syiqah tak jumpa lansung pegaga..hehe. that's y syiqah caik sayur. telan sayur banyak2. :)
I LOVE VEGEtable..!

okay,beralik pada abg google. syiqah guna khidmat die untuk carik
info tentang khasiat pegaga..
CUN! khasiat utama die menghilangkan bintik hitam kat wajah!


CARA2 NYA!

1. Ambil 10 helai daun pegaga.

Daun pegaga ni memang banyak khasiatnya
Daun pegaga ni memang banyak khasiatnya - lexup@flikr.com

2. Basuh dulu kesemua daun tadi dengan air garam.

3. Setelah dicuci, tumbuklah ia sampai halus.

4. Lepas dah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk. Sama ada yang ketul mahupun cecair. Dua-dua boleh. Takder hal. :)

Tapi kalau anda guna bedak sejuk yang ketul, jangan lupa campurkannya dengan sedikit air suam ya. Supaya ia lebih mudah sebati.

5. Gaul kesemua bahan sampai sebati. Sapukan pada kawasan yang mengalami masalah bintik hitam. Kiranya anda pakai masker muka lah nie.

Pastikan anda sapu sebelum tidur malam tau.


6. Esok pagi, barulah cuci muka anda tu sebersih-bersihnya.


Petua ini boleh diamalkan secara terus-menerus setiap malam sehinggalah tujuan anda untuk menghilangkan bintik hitam di wajah tercapai.


SUMBER----> SINI


muntahan idea Unknown at 19:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 8 March 2013

Sedikit2 Allah tarik nikmat kita.

Assalamualaikum.
Hai hello :) good morning..
Alhamdulillah. semua yang bace entry ni kompom sihat2 belaka.
syiqah yakin.

Agak dah berjeman jugak lah syiqah tak up entry ni.
Haih blog pon dah bersarang. Niat nak up entry tu memg ade..
Well, bak kata budak2 ni..
"Niat dah betol dah, tindakan jek takde"
Al-maklumlah, sem5 baru start kot. so, memg tak de masa nak hadap belog ni.
mana tak nye. baru 1st week, dah ade assgnment.
fuhh! poning kepalo den. berpino dunio ni hoh!
Apepon, syiqah tak boleh mengeloh. yea lah. nak belajar jek mengeluh. 
mana nak berjaya. so, akan Tuah sahut cabaran Jebat!
"annoying betol syiqah ni"

Dah2, syiqah tak nak mukadimah panjang sgt. kang kowang bosan.
Al-kisah..
Al-kisah maka tersebut lah kisah..
semalam syiqah dgn 3 org lagi BFF syiqah kluar jenjalan kat the mines.
memg minggu ni minggu jalan ktowang. sbb...
ktowang tahu.. next week and the following week tak akan ade mase nak enjoy.


nah! syiqah tempek gambar time tunggu bus ni :).
yuuuhhuuu! The Mines! here we come!
sesampai jek kat the mines. ktowang terus pi DAISO. 
hah! bagi yang tak tahu DAISO tu hape.
pergi search kat google. :D


After we realized there was nothing to buy at Daiso,
We went out and straight to the Bag shop.
pergi bag shop ni pon sbb teman Miss Sue beli beg,
Holamak aiii.. memg super duper susah nak pilih kan die bag!
nampak tak muka frust sue kat belakang syiqah? Mase tu kalau tak silap,
dia a bit dilemma giler. kasihan die,
mana taknye. taste die tak same ngan taste ktowang.. Memg syiqah rase paling lama kat dalam bag shop tuh.  lepas 1 beg, 1 beg die amiknye. smpai adek yg jage kat situ naik pening, :)

dah2. ketepikan pasal bag shop nih.
now. hah! ni ada kaitan dgn tajuk entry syiqah.
"Sikit2 Allah tarik nikmat kita"


nampak tak ape yg lain?
yes! Spek mata tuh :(.
Actually syiqah start rabun since darjah 6. tp mase drjah 6 tak lah teruk sgt.
kira kalau tak pakai spek pon boleh jugak.
then. syiqah pakai spek mata dulu since darjah 6 until form 2.
After that, terus syiqah tggalkan spek.
ye lah..syiqah dulu lasak. mana suka pakai cermin mata ni. HAHA. 
plus, syiqah stop pakai spek sbb mse tu spek dah patah.
lepas tu terus mak tak nak beli dah.. wakkaka.
tapi tak pe lagi.. mase tu kira boleh cover lagi lah kalau tak pakai spek pon :)
After 6 tahun . baru syiqah merangkak2 nak carik spek baru.. darurat dah ni.
rasenye power tak de lah meningkat banyak. tapi syiqah kerja hari2 ngadap komputer.
rasanye lebih elok syiqah pakai.
Mak pon tiap kali tepon asek bebel jek tak bg pakai lens.
ye lah. dah terang lagi bersuluh yang lens tu kan tak bagus.
That's y syiqah carik spek bbalik. Lucky mase beli spek ni ade offer gile2.
harga dia dlm rm126 jek. kalau tmpat lain syiqah survey,
mau tak cecah rm300-400.
pokai lah akak dik, :/
Ya Allah. sikit2 kau tarik nikmat aku.
lepas ni sure makin naik power nih. hmmm..
kene beli carrot banyak2 lepas ni.. tak nak pakai spek. :( leceh! leceh!


ape2 pon. I love to be without this Nerdy spect!
selesai jek syiqah beli spek. syiqah telepon mak..nak tau tak die cakap ape?
"hah! bagus. pakai jek lah spek tu. tak yah pakai lens. mak risau tgok kau pkai lens. adek kau pon dah bising sbb kau pakai lens"
see? adek syiqah pon bising syiqah pakai lens.
sejak masuk MRSM, memg die jek asek ceramah syiqah. 
tudung tutup dada. jgn pakai lens, pakai baju besar2.  but.
alhamdulillah. :) syukur sbb syiqah dapat adek mcm yaya. syukur sgt.
Syiqah bangga dgn die. Bangga dgn kejayaan die merealisasikan impian syiqah untk
masuk ke MRSM tu. Akak bangga dgn yaya . :')
muuuuahhhh!!

eh! alamak.! syiqah tak mandi agi ni. nak mandi dulu :)
papai. :*




muntahan idea Unknown at 18:43 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 2 March 2013

peghenz

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. selama 3 bulan syiqah sesowang kat Desaria ni,
Finally, my housemate sume dah balik.
kembali meghiah lah umah mak jemah lepas ni.
My BFF pon dah balik.
so, apa lagi. lepaskan geram nak jenjalan2 ngan dowang. :)


okeng. ikin, kak ain, sue :)
mse ni ari jemaat. 
memandangkan ari jemaat, bus yg limkokwing provide hanya akan hantar ke
The Mines and alamanda.
We rarely go to Alamanda. membe ckp org2 tua suke lah pi sana.
untuk remaja2 macam ktowang ni,
The Mines lah tempatnye. :) hehe.




mase ni kat MEKDI. lapoo.. tgok KFC penuh gilo.
tu yang menapak smpai MEKDI (padahal mekdi sebelah KFC jek) -..-


jngan sangka badan yg kecik tak ade saka makan. :)
wakakak. gurau senda d pagi hari.
ni SUE :)

ni syiqah. a.k.a Tuan kebun kedaung. :)


yeah! setelah sekian lama syiqah tak lepas gian mandi kolam. Akhirnye..



nampak tak keriangan di wajah masing2? HAHA.


 Posing jap. click! kredit to kak ain. 
memandangkan kak ain jek yang tak mandi. so kak ain kene jadik tukang amik gambo. :)

dengan kak ain. :)

anyway.  welcome back guys. :)








muntahan idea Unknown at 18:29 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 20 February 2013

Khasiat Yogurt pada wanita :)

Assalamualaikum :)
Hello hai Malaysia, Singapura dan Brunei!
*lambai2 tangan ala2 miss world :)
pepagi cenggini memg time2 nak perasankan diri. 
So, topik syiqah arini berkenaan YOGURT
korang suka yogurt?
pada yang suka tu syiqah ucapkan tahniahlah.. 
pada yang kurang gemar tu, try2 lah yea makan. sedap.. nyam nyam
sebab ape syiqah suruh try makan yogurt?
sebab, banyak khasiat taw.. lagi2 pada wanita.
Pagi td syiqah sarapan yogurt . tu yang tangan ni menggatal nak 
type entry pasal yogurt ni. 

HERE WE GO~~
 
 

1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.

6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
 


jap! ada lagi taw yang syiqah nak share..
tapi yang syiqah nak share ni product dr yogurt..

 product ni boleh dapat kat COSWAY. :)
try lah yea.

XOXO

muntahan idea Unknown at 21:09 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Eyqada Boutique

Eyqada Boutique
support kami ya :) baru nak mula je pon

pukul berapa dato' harimau?


Peringatan bersama

Jom Buat Amal!

Le' Moustache :D

Le' Moustache :D
#Tuan Kebun Kedaung :) #Rasyiqah Rafi

Orang kuat :)

I miss you..

I love them so much :)

Angan besaqq naaa!

iPhone
4flat
Segulung Ijazah
Segulung Diploma
DSLR O.O

Jom Bertegur :)

Story Telling uoollss!

What's up?


Pilihan menarikk ooo!

atasinchi :)


Linkin Park - In the End (Piano Version)



Powered by Blogger.
Copyright rasyiqahrafi93.blogspot.com muah!